Saturday, March 27, 2010

Aku dan Dia

*post ini adalah nukilan seorang sahabat ana, jadi ana harap tidak timbul soal salah faham disini

salam...



entah kenapa malam ini benar2 terasa suram seperti seolah2 ada yg hilang daripada diri aku ini..terasa hendak marah, menangis, memaki hamun, semuanya ada..hinggakan diri ini dilanda resah gelisah yg berpanjangan..Ya, mungkin saja semua ini disebabkan peperiksaan yg semakin kunjung tiba yg benar2 membuatkan diri aku tertekan..namun, hati ini tidak mampu untuk menipu diri sendiri yang aku sebenarnya sedang gundah gulana disebabkan dia, seorang insan bernama wanita..aku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak mampu untuk melarikan diri daripada perasaan ingin disayangi dan menyayangi, dan sejujurnya aku benar2 menyayangi drinya..Beberapa hari yang lepas sudah aku luahkan segala isi hati aku kepada dirinya dan aku masih menanti respons daripadanya sehingga ke hari ini..Benarlah kata orang penantian itu suatu penyeksaan..Jikalau hendak dilihat daripada segi persaingan untuk memilikinya, aku boleh dikatakan sudah tewas daripada awal2 lagi namun hati ini sama sekali tidak mahu mengaku kalah untuk memilikinya..aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku menyayangi dirinya namun aku benar2 berharap hubungan kami ini mampu diteruskan sehingga ke gerbang perkahwinan..hahahaha..kelakar bukan..namun itulah realiti yang terpaksa aku hadapi disaat ini..sedih, sgt sedih..di saat yg lain sedang tekun menelaah aku pula sibuk memikirkan soal hati dan perasaan yang belum tentu akan kesudahannya..Janganlah sahabat sekalian menyalah anggap coretanku ini, kerna aku hanya sekadar ingin berkongsi mengenai rasa hatiku ini yang sudah tidak mampu lagi untuk ku bendung..Mudah-mudahan saja akan ada jalan untuk dia bisa menerima diriku ini..



Ya Allah, andai apa yang aku rasa terhadap dirinya disaat ini adalah satu dosa Kau ampunkan diriku dan dirinya yang jahil ini..Namun, andai memang benar dia milikku, bukakanlah pintu hatinya untuk menerima diriku ini setulus mungkin..Ya Allah, aku sedar aku bukanlah insan terbaik untuk dirinya namun biarlah kami saling melengkapi antara satu sama lain di dalam kehidupan ini..Ya Allah, jadikanlah aku ini seorang insan yang sesetia mungkin serta Kau tabahkanlah diriku ini untuk menerima apa jua keputusannya kelak..Ya Allah aku benar mengharap kepadamu agar aku bisa memegangnya di dalam satu jalinan ikatan yang erat dan janganlah Engkau meleraikan ikatan tersebut sehinggalah aku bisa membawanya ke gerbang jannatul firdaus...amin...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, March 26, 2010

Ketakutan Dia,Seorang Lelaki

www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah

Assalamualaikum wbt..
Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah. Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?`Ketakutan seorang lelaki!’ Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..
Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.



Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.
Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.
Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.
‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’‘usaha’?‘aah, usaha..’ ‘oo00oo, usaha..'
Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.
‘Usahalah kenal dia, SMS laa’‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’
Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.
‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'
Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....
Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).



TEKNIK & TAKTIK: 1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya.. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’




2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc) Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ … Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.
Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..
3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya. Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.
Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..
KAHWIN!

this is the way
the only way..rite?

Akhirnya....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat ana utk mmpunyai blog sendiri pd 26/03/10 stlah sekian lme mnympn hasrat ni..erm..mst ramai shbt2 dkt luar sana yg tertanya2 knp ana menamakan blog ana sbg Ashim..Shbt2 sume mst pnh dgrkn cite mgenai khalifah Umar mencari jodoh untuk anaknya Ashim, suatu malam ketika khalifah Umar berjalan2 disekeliling kota dia terdengar akn perbualan seorang ibu dan anaknya..ibu tersebut mnyuruh anak gadisnya bgn dan mencampurkan susu yang akan dijual bersama air namun tidak dituruti oleh anak tersebut kerana takutnya dia akan Allah yg melihat perbuatannya..lalu khalifah Umar pulang dan menyuruh anaknya Ashim meminang gadis tersebut..dari perkongsian hidup mereka lahirlah Ummu Ashim yg kemudian berkhawin dgn Abdul Aziz b. Marwan dan telah melahirkan Umar b. Abdul Aziz yg dianggap sbg khulafa ar-rasyidin yg ke-5. Di sinilah ana mndpt ilham utk meletakkan nama blog ana ini sbg Ashim kerna mudah2an sja blog ini boleh menjadi satu medium untuk ana menjadi seorang yang lebih mengenal erti hidup sbg hamba Allah yg sbnr dan dgn menggunakan nama Ashim ini mudah2an jua ana akan bisa untuk menerapkan ciri-ciri khalifatullah yg terdapat dalam diri Khalifah Umar Al-khattab dan Khaliifah Umar Abdul Aziz....InsyaAllah...


Dan ana juga berharap blog ini akan dapat menjadi medium penjalin ukhwah yang lebih mantap di antara sahabat2 ana dengan menyediakan ruang untuk kita bertukar2 pandangan di samping saling mentarbiah antara satu sama lain..Mudah2an sahaja impian ini mampu untuk direalisasikan...Amin....